Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Pengenalan
Latar Belakang
Jabatan Hal Ehwal Pelajar adalah tunggak dan nadi kepada semua institusi perguruan khususnya Institut Pendidikan Guru Tawau kerana Jabatan ini merupakan pusat pengurusan dan pentadbiran pelajar yang amat penting. Jabatan Hal Ehwal Pelajar juga menjadi asas pembentukan dan penyuburan diri serta sahsiah pelajar selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru. Jabatan Hal Ehwal Pelajar juga merupakan psat penghubung antara pelajar dengan pentadbir dan pihak luar. Dibawah jabatan ini terdapat lima unit yang mempunyai ketua masing-masing. Unit-unit terlibat ialah Unit Pengembangan & Khidmat Kaunseling, Unit Disiplin dan Tatatertib, Unit Data dan Rekod, Unit Kebajikan & Sosial dan Unit Kediaman Pelajar
Visi Jabatan
Beriltizam melahirkan insan guru yang unggul
Misi Jabatan
Melaksanakan aktiviti melahirkan insan guru berkualiti, berdisiplin, bersahsiah positif serta berketrampilan tinggi dalam semua aspek


