Jabatan Kemahiran Hidup
Pengenalan
Latar Belakang
Jabatan kemahiran Hidup IPG Kampus Tawau merupakan satu jabatan yang bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program p & p dan latihan amali / praktikal untuk semua pelajar yang mengambil subjek major atau minor Kemahiran Hidup secara sepenuh masa dan juga mod LPBS. Jabatan ini dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan dasar mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh unit Kurikulum, IPG KPM.
Visi Jabatan
Melahirkan guru Kemahiran Hidup yang profesional melalui pedagogi dan amali yang cekap dan kompeten.
Misi Jabatan
Melaksanakan latihan perguruan untuk guru Kemahiran Hidup secara profesional selaras dengan Falsafah Pendidikan Guru.


