Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Pengenalan
Latar Belakang
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) telah ditubuhkan apabila Bahagian Pendidikan Guru (BPG) menyatukan Unit Pendidikan Islam dan Unit Pendidikan Moral dalam satu jabatan pada tahun 1988 bagi semua maktab perguruan ketika itu
JAPIM diterajui oleh seoran Ketua Jabatan dan dibantu oleh empat orang Ketua Unit. Unit-unit tersebut terdiri daripada 4 unit yang utama iaitu Unit Pendidikan Islam, Unit Tamadun Islam, Unit Bahasa Arab dan Unit Pendidikan Moral. Setiap unit telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Kurikulum Institut Pendidikan Guru Malaysia yang berkaitan dengan bidang tugas yang telah ditetapkan bagi setiap unit.
Bilangan tenaga pensyarah yang dimiliki oleh JAPIM berjumlah 5 orang
Visi Jabatan
Menghasilkan insan guru berilmu, beriman, berakhlak mulia serta mengamalkan nilai-nilai murni
Misi Jabatan
Melaksanakan kurikulum secara profesional serta meningkatkan pelaksanaan program keagamaan yang lebih berkesan dan terkini melalui program Pendidikan Islam dan Moral

