Jabatan Sains
Pengenalan
Latar Belakang
Jabatan Sains adalah salah satu daripada jabatan yang baru diwujudkan di Institut Perguruan Tawau mulai 1 Jun 2007. Sebelum itu, jabatan ini merupakan sebahagian daripada Jabatan Sains dan Matematik. Pada tahun 2010, Jabatan ini terdiri daripada Unit Sains yang mengendalikan kursus berkaitan mata pelajaran Sains Teras, Fizik, Kimia, Biologi dan juga pedagogi sains. Jabatan ini terdiri daripada enam orang pensyarah dan tujuh orang pembantu makmal.
Visi Jabatan
Melahirkan guru sains yang berkualiti dan berinovasi selaras dengan falsafah pendidikan guru
Misi Jabatan
Melaksanakan latihan keguruan secara profesional untuk melahirkan guru sains yang cemerlang seterusnya berupaya merealisasikan falsafah pendidikan guru ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang cemerlang, berketrampilan, berilmu, bersahsia mulia, berwawasan serta berdaya saing


