Piagam Pelanggan IPG
Kami warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau dengan penuh tanggunghawab dan iltizam berjanji akan:
Memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan setiap semester dengan mematuhi proforma kursus untuk tujuan penganugerahan diploma/ijazah;
Memastikan kemahiran, kepimpinan, kepegawaian dan kejurulatihan dalam bidang sukan dikuasai selaras dengan keperluan proforma kursus;
Memantapkan perkongsian pintar secara profesional dengan pihak sekolah, institusi pendidkan awam serta pelbagai agensi dan masyarakat sekitar;
Memaklumkan keputusan peperiksaan akhir kursus pergurusan (7) tujuh hari bekerja selepas mesyuarat Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru;
Menganugerahkan Diploma Perguruan Malaysia/Diploma Pendidikan/Ijazah Sarjana Muda Perguruan kepada lulusan dalam tempoh satu tahun selepas keputusan peperiksaan akhir diumumkan;
Memastikan 80& daripada kursus-kursus peningkatan profesionalisme guru yang dirancang untuk guru-guru dalam perkhidmatan dapat dilaksanakan pada setiap tahun;
Memastikan dalam tempoh (6) enam bulan pertama guru permulaan yang dihasilkan dari Insitiut Pendidikan guru memenuhi kehendak sekolah dari aspek kualiti diri, kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran, kebolehan mengurus kokurikulum, kemahiran kepegawaian dan kejurulatihan serta berkemampuan mengurus tugas-tugas di sekolah;
Membayar elaun guru pelatih dalam tempoh (10) sepuluh hari pertama setiap bulan dengan syarat peruntukan diterima dari Bahagian Pendidikan Guru;
Memberi perkhidmatan dan layanan kepada pelanggan dengann mesra, berkualiti dan berkesan serta mengambil tindakan ke atas aduan pelanggan dalam tempoh (7) tujuh hari bekerja;
Melaksanakan segala objektif, dasar, manual dan prosedur serta dokumen berkaitan Malaysia Qualification Framework (MQF), MS ISO 9001:2000, Sistem Star Rating dan Standard Guru Malaysia

