Unit Khidmat Pengurusan
Pengenalan
Latar Belakang
Unit Khidmat Pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau komited dalam usaha memberikan khidmat sokongan bagi memastikan pelaksanaan objektif yang digariskan dapat dicapai dengan jayanya. Khidmat sokongan dilihat sebagai entiti yang bergerak seiring dalam usaha mencapai objektif institut ini. Unit ini juga mempunyai kakitangan yang bersedia membantu sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung dalam usaha memberi perkhidmatan kepada semua warga institut termasuk pensyarah dan pelajar selaku pelanggan dalamannya serta pelanggan luaran yang berurusan dengan institut ini.
Visi Unit
Mewujudkan sistem pengurusan yagn berintegriti, efisien dan berkualiti
Misi Unit
Membekalkan perkhidmatan dan pengurusan yang adil dan saksama, dengan memastikan pengurusan yang telus, sistematik dan dinamik.

