Unit Praktikum
Pengenalan
Latar Belakang
Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau merupakan satu jawatankuasa pengurusan yang bertanggungjawab untuk merancang melaksanakan program latihan mengajar (LM) untuk semua yang menjalani latihan keguruan sepenuh masa dan juga mod LPBS. Unit ini berfungsi untuk melaksanakan program Rancangan Orientasi Sekolah (ROS), Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), Praktikum PISMP, KDPM dan KPLI sepenuh masa dan mod LPBS serta Internship. Unit Praktikum dipertanggungjawab untuk melaksanakan dasar praktikum mengikut garis panduan dan arahan Bahagian Pendidikan Guru.
Visi Unit
Melahirkan guru yang profesional melalui latihan keguruan yang cekap sistematik dan berkesan
Misi Unit
Melaksanakan latihan mengajar secara profesional selaras dengan falsafah pendidikan guru

